Kumpulan Ayat Alqur'an
💧Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
*(Qs.Hud : 15-16)*
💧 Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati kita untuk melihat Akhirat.
*(Qs.Al Isra:72)*
💧 Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... kerana Allah sedang mengajarkan kita bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
*(Qs.Al Lukman : 22)*
💧 Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
*(Qs.Ali Imran : 145)*
💧 Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang & sendi kita....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawa kita akan diambil...
*(Qs.An Nisa : 78)*
💧 Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita....kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
*(Qs.Ali Imran : 185)*
💧 Begitu juga hati kita...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan bersendirian dialam barzakh.
*(Qs.Al-An'am : 32)*
No comments